Adira nafi bakal bertunang

15 Jul – Penyanyi popular Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi menyangkal dakwaan yang mengatakan dia bakal bertunang dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia (GBG1M), Shahrul Nasrun Kamarudin selepas gambar mereka berdua dimuat naik oleh pereka fesyen Ezuwan Ismail di laman Instagram.

"Nak tergelak saya apabila orang kata kami akan bertunang dan nak berkahwin. Mana ada, kami baru saja kenal. Peliklah apabila masih ada segelintir individu yang membuat spekulasi dan andaian tanpa usul periksa," katanya seperti dipetik dari mStar.

Walaubagaimanapun penyanyi berusia 23 tahun ini mengakui sedang mengenal hati budi Shahrul, namun ia belum sampai ke tahap yang serius.

"Kami masih mengenali diri masing-masing. Belum serius, tetapi melihatnya cukup serius dalam kerja dan sering membantu golongan yang susah membuatkan saya tertarik dengannya."

Terdahulu, Adira mula menjadi bualan ramai apabila sering memuat naik gambarnya bersama Shahrul, dan kemudiannya menjadi semakin hangat diperkatakan apabila Ezuwan pula memuat naik gambar Adira dan Shahrul sedang menempah baju dengan menulis status 'Baru selesai berbincang dengan Adira dan Shahrul persedian untuk...'.

Jelas Adira, ramai yang salah faham dengan status ditulis Ezuwan kerana mereka sebenarnya menempah baju untuk menghadiri majlis perkahwinan pereka fesyen itu pada Hari Raya ketiga nanti.

"Memandangkan Shahrul juga berasal dari Kelantan, maka saya beraya sekali di rumah keluarganya," jelasnya.

Loading...

Editor’s note:Yahoo Philippines encourages responsible comments that add dimension to the discussion. No bashing or hate speech, please. You can express your opinion without slamming others or making derogatory remarks.

  • Noel Cabangon admits it's harder to sell albums these days

    Noel Cabangon admits it's harder to sell albums these days

    Noel Cabangon admits it's harder to sell albums these days

    Singer-songwriter Noel Cabangon admits modern technology is making it hard for him to sell albums, especially to the tech-savvy generation. …

  • Jackie Rice wants projects, not fame

    Jackie Rice wants projects, not fame

    Jackie Rice wants projects, not fame

    Kapuso actress and former Starstruck contestant Jackie Rice wants to prove that she’s more than just a pretty face by winning acting recognitions someday. …

  • Has Jake Cuenca found a new love?

    Has Jake Cuenca found a new love?

    Has Jake Cuenca found a new love?

    Jake turned to Instagram to post a photo of himself holding model Chanel Olive Thomas as she wrapped her arms around him. An earlier photo showed Chanel kissing him on the cheek as he held her arm. Both of them had their eyes closed. Not to be outdone, Chanel posted a photo of herself and Jake kissing each other on the lips. …